Wednesday 18 April 2012

~Fikir Sejenak

Bulan malam ini menjadi saksi akan janjimu
janji yang akan membahagiakan hatimu & hatiku
juga perasaan sayangmu & cintamu bukti
janjimu semanis kata-katamu...

Wah, indah sungguh tika itu kan
yang pahit menjadi manis
yang racun menjadi madu
yang busuk menjadi wangi
& yang buruk menjadi indah....

Bahagia tika itu dunia ini milik kita
sedangkan ada satu perasaan yang kita terlupa
terleka dalam melayan perjalanan indah
yang kononnya boleh bahagiakan kita....

Tidakkah kau sedar akan satu perasaan itu?
tidakkah kau terfikir perasaan cemburu akan wujud?
tidakkah kau terlupa bahawa hati itu suci?
suci lagi suci yang hakiki....

Hakiki milik Pemilik Hati yang sebenar
hati yang halus lagi suci murni
juga hati yang tulus ikhlas menghulurkan kasihnya
yang mengalir deras sederas-derasnya....

Wahai kalian yang berkata hatimu berhak disentuh
dijaga oleh hati lain milik insan lain
wajarkah kalian membiarkan hatimu diceroboh oleh penceroboh hati
yang hanya mahu mengambil hatimu untuk alat permainannya?

Fikir sejenak untuk membuktikan kata-kata itu hanya palsu
kepalsuan cinta yang belum pasti hanya satu sia-sia
hanya membuang masa tanpa kira usia
walaupun hati ini bahagia seketika....

-at studio grafik kelas KPD
-17 april 2012

No comments:

Post a Comment