Friday 18 May 2012

Mendakap Dingin Memeluk Embun vs Dakapan Embun Dipeluk Dingin



kata kata susur berbelit-belit
suara ditabur berputik berselit
anak gundik kian berhimpit
berhimpit mengapai putera tok selampit
sumpitnya mengena mereka tertarik

kata-kata indah berputar belit
adat resam duniawi rasa tersempit
cucu adam hawa gembira terhimpit
kala hati kian tertarik....

bila dia menabur janji...

getar bibir diangkat dijulang
dikunyah ditelan dek lidah tak bertulang
angkara nasfu semua terhidang
enak rasa bukan kepalang
dimamah diratah kembang mengenyang
habis manis sepah dibuang
kekadang tersentak insaf pulang ke sarang

lembut lidah dari kerasnya gigi
terasa nafsu kawali diri
angkara rasa teringin janjimu kuturuti
tidak terfikir masalah di sana nanti...

simpul senyum melirik umpan
bergurau canda hiasan sopan 
mengheret bunga melayang ke awan
memaksa mahkota jadi tawanan
bertopengkan tampan lagak budiman
ligat beraksi persis si setan

memimpin mawar kumbang bersama
bergurau senda taruhan jiwa 
budi kumbang mawar terhutang jua
dibayar dengan semahal mahkota......

pancaindera buat aku punya rasa
berputik cinta membuka pelbagai cerita 
tebing kasih mulai curam
dua hati kian seragam
sayang terjerat dek permainan alam
terpenjara ilmu terkurung iman 
bunga suci makin kurang siuman

kurniaanNya disalah guna
jalan cerita cinta aku mencipta
kasih sayang kian terasa
menjerat hati dengan adat cinta....

rasa rindu kian menghimpit
dek cinta yang tidak pernah serik
mawarku usahlah tersepit
kumbang merayu terkepit-kepit...

berselerak dosa-dosa silam
memagari kotak-kotak dendam
usah dipegang jangan digenggam
melilit hati menuju jahanam
sulamkan lidah lilitkan Quran
teruskan perjalanan dakap akhir zaman

kelu lidah dalam berkata-kata
bila dosa silam menjadi igauan
wahai hati taubatlah dikau
hayatilah kenikmatan dalam kehidupan
tenangkanlah hati dengan Al-Quran....

kunyahlah bara peganglah kilat
selongkar ilmu mencium berkat
goncangkan saja dunia
biar tepekik terlolong semua
biar bercumbu si tulang belikat

bahang sinar matahari menyelubungi diri 
cabaran mengapai ilmu akan ku gagahi
ingin sekali diri menjadi sang mentari
menjadi siulan makhluk duniawi...

menarilah bersama perhiasanmu wahai teman
selagi mampu engkau pertahankan
liang kecil itu lebat dengan bosan

gembiralah wahai hatimu sayang
pertahankan perhiasaanmu untuk dia yang tersayang
perliharalah maruahmu teguhkan pendirianmu
kerana ini sudah menjadi tuntutanmu....

(ZARITH MOHAMED. UPSI)
11.2.2011

(NUR ATIEKAH BT MUHAMAD AZMI)
18/5/12

Monday 14 May 2012

Mawar Muslimku



Wahai Mawar Muslim mekar mewangi
kau idaman kumbang-kumbang dunia
berlumba-lumba berebut mencium harumanmu
merayu tanpa pedulikan Dia YANG Satu...

Wahai Mawar Muslim yang indah
kau sekuntum bunga yang terpelihara
terlindung maruahmu terpelihara dirimu
sehingga dirimu menjadi bunga yang disegani...

Wahai Mawar Muslimku
durimu pelengkap pelindung dirimu
menikam sesiapa saja yang ingin mencemarkanmu
mencederakan mereka yang sakitkanmu...

Sungguh bertuah dirimu wahai Mawarku
menjadi sekumtum bunga yang mekar harum subur dijiwa
disanjung tinggi oleh bunga-bunga yang lain kerana kelebihanmu
hingga martabatmu tinggi disisi Dia yang Esa....

Mawar Muslim kebanggaan semua
mengertilah akan keharumanmu & keindahanmu 
hanya untuk kumbang yang mengerti akan agamamu
yang akan terus berbakti menyiram & membajamu dengan prinsip 

'LAILAHAILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH'.....


-Ahad 13 mei 2012
-bilik e-learning (kelas pengurusan ko)








Surat dari Sahabat utk Sahabat


Bismillahirrahmanirrahim & Asslmualaikum…pembuka bicara saya utk awk pg ni…

Syukur Alhamdulillah kpd Allah kerana pertemukan kita & menjadikan kita sahabat yang baik hingga akhirnya..insyaAllah….amiiinn

Terima kasih kepada Allah s.w.t kerana menganugerahkan kepada saya seorg sahabat yg sgt baik & terima kasih utk juga awak sbb sudi menjadi sahabat saya….=)

Kehadiran surat ini mungkin bakal membuat awk terasa hati tp ketahuilah sahabat bahawa sahabatmu ini sentiasa inginkan yg terbaik utkmu & utk dia yg kamu sayang kerana Allah…

Sahabat mengertilah bahawa sahabatmu ni sgt2 risau akan dirimu yg semakin hari semakin parah ku lihat…sahabat, jalan yg kamu pilih bersama dia sememangnya aku kagumi…aku hormati…aku banggai….ternyata jln yg kau pilih membuatkan hatiku terharu kerana kau masih lg meletakkan cinta kau kepada Pemilik Cinta yg sebenar…masyaAllah sgt2 aku kagumi sahabat…cinta sucimu hanya kau hulurkan pada Dia Pencipta Cinta…kau tidak sesekali inginkan cinta kau dicemari dengan dosa-dosa yg tidak membawa keberkatan dalam perhubungan kau & dia…wahai sahabat yg aku syg kerana Allah...sungguh aku sungguh khuatir akan dirimu…ku lihat dirimu telah dibayangi 1 bayang yang berselindungkan 1 perasaan yg x tdk sepatutnya….perasaan yang menghantui dirimu sehingga membuatkan dirimu menjadi tidak keruan…

Sahabat,
Rasa disayangi & dicintai oleh insan lain insan dari kaum Adam ternyata mmg bahagia…terasa dunia ini milik kau & dia…menikmati kebahagiaan tanpa menghiraukan keresahan dihati…
Jujur aku memahami perasaanmu kerana aku sendiri pernah merasai & melalui perasaan sebegitu…tp sahabat sedarilah bahawa perasaan itu hanyalah sementara…perasaan yg dipinjamkan kepada kita dr Pemilik Cinta sebenar…sahabat, bila2 masa sahaja perasaan itu akan diambil oleh Pemiliknya…

Tujuan sebenarnya disini ialah…….sblm ini hatimu belum pernah disentuh oleh hati lain milik insan lain…aku sgt & tersgt risau jika1 hari nnt kau akan ‘dikecewakan’…ini bukan doaku utkmu sahabat…tp bg menjelaskan situasi sebenar kpdmu…ketahuilah bahawa sahabatmu ni sudah merasainya banyak kali sehingga diri ni sangat takot utk menaruh harapan kpd dia insan yg bernama lelaki….sahabat, rasa dikecewakan sgt2 menyakitkan…sehingga luka dihati terpaksa mengambil masa yg lama utk kembali kepada asalnya…lebih2 lagi bila kau sudah menaruhkan seribu impian bersama dia yang kau sayangi…sahabat, hatimu sgt suci…sepatutnya hati yg suci hanya dihulurkan pada lelaki yg bergelar suamimu sahabat…bkn kepada dia kau sangka bakal suamimu suatu hari nnt…dia blm tentu menjadi milikmu…ngatlah sahabat pasangan yg berumah tangga pn masih bercerai berai ni pula kita yg tiada pa2 ikatan yg sah dimata Dia Pemilik Hati kita semua…Ya Allah, sahabat aku tidak ingin sekali melihat kau dikecewakan…air mata kecewamu bakal membuatkan aku resah gelisah…aku ingin menjadi sahabat yg baik utkmu…sahabat yg sayang akan sahabatnya kerana Allah….harap kau mengerti akan maksudku ini sahabat…

Sahabat,
Saat ini aku lihat dirimu terlalu mengikut perasaanmu…seolah-olah dirimu dikawal oleh perasaan itu…disini ini aku menjelaskan bahawa tidak sepatutnya kau terlalu melayan perasaan itu…ya, aku memahami akan perasaanmu tp ingatlah akan niat sebenar kau...kau sudah  melepaskan dia kepada Pemilik Hati yg sebenar…mengembalikan dia yang kau sayangi kerana cintamu kepada Dia…tp bila kau terlalu melayan perasaan itu menunjukkan seolah2 kau tidak redha melepaskan dia…seolah2 kau terpaksa…ketahuilah bahawa jodoh itu rahsia Allah sahabat…rahsia Dia yg sangat utuh…rahsia itu akan terbongkar apabila tiba masanya…usah kau risau…insyaAllah Allah itu akan menjaga dia bagi pihak kau…tugas kau hanyalah perlu berdoa & terus berdoa…mudaha2an dia bakal menjadi zaujmu…insyaAllah….amiinnn

Persoalan darimu akan ku jawab…

Sahabat,
Disini ingin kau rungkaikan segalanya…mengikut pemerhatianku bahawa dia sebenarnya sgt menghormati permintaanmu…itu sbbnya dia berkelakuan seperti itu…tidak mempedulikan kau…tp sedarilah sahabat dihati dia hanya tuhan yang tahu betapa dia risaukan akan kau…kau sendiri mengertikan bagaimana sikap caring dia kepada kau sehingga ada kalanya membuatkan kau agak rimas…disitu sebenarnya kau sudah memahaminya…tp xpe sahabat…mungkin kau tiadk menyedarinya kan…=) aku faham situasimu…insyaAllah jika nama dia sudah tertulis utkmu 20tahun akan dtg sekalipun dia ttp milikmu…usah risau ye sahabat…=) aku sentiasa berada disisimu walau apa jua keadaan sekalipun…ingatlah pesan dia bahawa jika kau rindukan dia ingatlah Allah & kekasihnya iaitu Rasulullah s.a.w…

p/s : maaf sahabat jika surat ini bakal mengganggu perasaanmu...ingatlah bahawa ku hanya inginkan yg terbaik utkmu….


Dari sahabatmu Nur Atiekah bt Muhamad Azmi…
Sayang kamu kerana Allah s.w.t…..

Friday 11 May 2012

Nukilan utk Sahabatku......

Bismillahirrahmanirrahim....pembuka bicaraku pagi ni....

Alhamdulillah..syukur ku padaNya sentiasa ku pahatkn dihati ini.....=)

Dipagi jumaat yang nyaman ni hati ni meronta-ronta utk mencoretkan sedikit nukilan jiwa yang sentiasa mengukir hati ini...Ya Allah, hati ini memanjatkan kesyukuran padaMu...sungguh Engkau mengetahui hati-hati ini...hati-hati yang ingin menuju ke jalanMu...jalan yang sentiasa diredhaiMu Ya Allah...Engkau juga ketemukan aku dengan hati lain milik sahabat2 seperjuangan yang semakin hari semakin ingin mencari hidayahMu...=) terima kasih Ya Allah Engkau telah mengurniakan aku dengan keindahan & kemanisan iman...semoga hati ini sentiasa beristiqamah dlm menuju ke jalanMu Ya Allah.....

Ya Allah, aku mohon padaMu jika hati ini telah Kau tetapkan utk dia...Kau jaga la perasaan kami supaya hati kami ini tidak curang dari terus mencintai & setia akan Mu & RasulMu Ya Allah....jika dia tercipta utk ku...Kau lindungi la hati dia dari perkara-perkara yang mungkar...tidak sekali hati ini ingin melihat dia jauh tersasar dari landasanMu...hati ini sentiasa & akan terus sentiasa mendoakan yang terbaik utk dia TP jika dia bukan tercipta utk ku....kau ketemukan la dia dengan insan yang lebih baik dari hati ini...insan yang mampu memberikan jannahMu kepadanya yang sentiasa beriringan bersamaMu dalam mencapai kemanisan redhaMu..insyaAllah aminnn Ya Rabb

Sahabat, jujur aku sayang kamu kerana Allah....hanya 1 pintaku pada mu saat ini adalah....jagalah iman mu...jagalah pandangan mata mu....jagalah nafsumu...sungguh aku khuatir akan dirimu yang semakin hari semakin lain ku lihat...kau bukan insan yang aku kenal suatu tika dahulu...lain benar sikap mu sekarang ini...Ya Allah, aku bimbang akan dirimu...terasa tidak yakin terhadapmu...erm, jagalah pandangan matamu wahai sahabat yang aku sayang kerana Allah....kerana dari mata akan turun ke hati...jika pandangan matamu kerana nafsu Ya Allah aku bimbang sgt2....sejak akhir2 ni matamu ku lihat sungguh liar...melihat sesuatu yang tidak sepatutnya kau lihat...ya memang itu menjadi normal bagi kaum sepertimu tp utk aku??...kaum hawa?? ia tidak normal wahai sahabat....tanggapan aku padamu akan terus bertukar jika engkau terus bersikap seperti itu sahabat.....erm, sekali lagi pintaku pada mu jagalah pandangan matamu....aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu SAHABAT.....

Tuesday 1 May 2012

Hadith 21 (Iman & Istiqamah)

Bismillahirrahmanirrahim...=) Alhamdulillah atas kenikmatanNya....

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: "Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah" 
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)



Isi penting
1) Makna Istiqamah :
o perbetulkan aqidah
o beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya
o betul I’tiqad melalui kata-kata dan perbuatan
o beriltizam dengan bersungguh2

2) Kelebihan Istiqamah :
o diperluas/mudahkan rezeki di dunia
o diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan
o dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga
o didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga)

3) Istiqamah di atas Jalan yang Lurus :
o perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepati syara’
i) Istiqamah Hati : - sebagai Raja kepada Jasad, Istiqamahnya akan menentukan istiqamah yg lain
ii) Istiqamah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan


4) Islam, Iman, Istiqamah
o seorang Islam yang tanpa iman ibarat pokok yang tiada buah
o seorang Islam yang tiada istiqamah dalam amalan ibarat pokok berbuah namun tiada fungsi buahnya itu
o seorang beriman yang tanpa istiqamah hanya sia-sia dan sekadar penat beramal
o seorang yang istiqamah beramal namun tanpa iman (dan ilmu) di dada ibarat melakukan taklid buta (iaitu beramal tanpa pegangan yang kuat) 


Pengajaran hadis

(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.

(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.

(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.

(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...




Pendirian ttp Pendirian

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicaraku pagi ini.....

Alhamdulillah syukur kpd Allah s.w.t kerana diberikan kesihatan yg baik kpd chinta....=)

Jumaat bersamaan 27hb April 2012 adalah 1 tarikh yg btl2 mencabar pendirian chinta sbgai berusaha menjadi  muslimah yg solehah....Ya Allah, semakin hebat dugaanMu kepadaku....Kau kurniakanlah kekuatan kpdku supaya aku berada didlm landasanMu yg benar Ya Allah....amiiinnnn

Jumaat malam sabtu adalah 1 malam yg meyebabkan chinta terasa hati dengan 1 institusi @ persatuan @ badan pertubuhan....P*****S 1 nama yg membuatkan chinta terasa bangga sblm ni tp skrg?? nama 2 terkubur bersama2 kenangan lalu....chinta rasa pengorbanan chinta selama2 ni mcm sia2...rasa terkilan....kecewa....erm, semua la de....rase nk menangis pn de gak....

perlu ke nk mention kami yg pakai tudung labuh ni? tudung singkat, jarang blh plak tp knp tudung labuh x blh? kami yg slh atau dorg yg silap? nk suruh kami yg pakai tudung labuh ni utk pakai tudung 'kecik' 2?? tidak sesekali!!!! pendirian ttp pendirian....pendirian melibatkan agama tidak sesekali chinta pndg ringan....maaf bkn chinta nk burukkn atau pe2 pon...tp chinta kene bela nasib kami...nasib kami yg rasa dianak tirikan kerana kami 'salah @ clap' dlm etika pemakaian...etika pemakaian dunia?? kami yg salah @ mereka yg clap??...Ya Allah, betulkanlah mana yg silap supaya 'kekeliruan' mereka terjawab.....amiiinnn erm, waktu chinta dijadikan 'model' kt dpn 2...sbnrnye chinta rasa cm dipermainkan...rasa nk melawan membuak2...Ya Allah, terima kasih kerana Kau mengurniakan kesabaran & kekuatan yg ckup utk aku terus tersenyum ketika itu walaupun dlm hati ini hanya Kau saja yg tahu....Alhamdulillah hingga akhirnya mulut ini sentiasa tersenyum...=) bibir tersenyum tp hati ini menangis....menangis bersama2 shbt yg seangkatan dgn kami...insyaAllah chinta akn pertahankn smue ni demi pendirian kami sebagai muslimah...sebagai muhajidah islam....x kesah la kali ni pe2 pn keputusan pihak atasan....keluar baris sekali pn chinta akan terima....jika 2 yg terbaik kn....tp dlm masa yg sme chinta terasa kesal jgak dgn segelintir PK tp xpe....think posotif kn lbh baik...utk PK yg sentiasa sokong kami terima kasih sgt2....jasa kalian akan chinta kenang smpai2 bile2...terutama utk PK SSJN Mohd Amzar b. Mokhtar...kata2 kamu membuat chinta semakin kuat utk hadapi semua ni....=) insyaAllah akan chinta perjuangkan smue ni demi agamaMu Ya Allah.....=) doakan supaya chinta kuat utk hadapi semua ni ye..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya..." surah an-Nur ayat 31


InsyaAllah Allah s.w.t akan bersama2 dengan chinta & akan sentiasa bersama-sama dengan chinta...' jgn hiraukan pandangan manusia tp hiraukan pandangan Allah..' insyaAllah......