Tuesday 1 May 2012

Hadith 21 (Iman & Istiqamah)

Bismillahirrahmanirrahim...=) Alhamdulillah atas kenikmatanNya....

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: "Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah" 
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)



Isi penting
1) Makna Istiqamah :
o perbetulkan aqidah
o beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya
o betul I’tiqad melalui kata-kata dan perbuatan
o beriltizam dengan bersungguh2

2) Kelebihan Istiqamah :
o diperluas/mudahkan rezeki di dunia
o diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan
o dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga
o didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga)

3) Istiqamah di atas Jalan yang Lurus :
o perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepati syara’
i) Istiqamah Hati : - sebagai Raja kepada Jasad, Istiqamahnya akan menentukan istiqamah yg lain
ii) Istiqamah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan


4) Islam, Iman, Istiqamah
o seorang Islam yang tanpa iman ibarat pokok yang tiada buah
o seorang Islam yang tiada istiqamah dalam amalan ibarat pokok berbuah namun tiada fungsi buahnya itu
o seorang beriman yang tanpa istiqamah hanya sia-sia dan sekadar penat beramal
o seorang yang istiqamah beramal namun tanpa iman (dan ilmu) di dada ibarat melakukan taklid buta (iaitu beramal tanpa pegangan yang kuat) 


Pengajaran hadis

(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.

(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.

(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.

(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...




No comments:

Post a Comment