Monday 23 April 2012

Ujian & Dugaan Tanda Allah s.w.t. Sayang =)




Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]
Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Ganjaran menanti bagi yang diuji
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]
Bentuk-bentuk ujian yang diberikan
Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
Nabi Allah juga diuji
Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]
1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Bala’ dalam konteks semasa
Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.
Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.
Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.
Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.
Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.
Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman
Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.
Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.
Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]
Kaedah Bersabar
Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]
Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.
Kesimpulan
Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.
Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.
Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]
Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

Saturday 21 April 2012

.....janji

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara...

Asslmualaikum....=) Alhamdulillah dgn nikmat kurniaanNya....

'Ya Allah, jika sakit yg Kau turunkan kepadaku ini adalah bertujuan utk menghapuskan dosa2ku yg lalu...aku redha Ya Allah & begitu juga sebaliknya....aku yakin dengan ketentuanMu, aku pasrah atas segalanya Ya Allah...Kau kurniakanlah kekuatan kpd ku untuk aku menghadapi hari2 yg akan dtg dgn tabah, sabar & kuat....semoga aku semakin kuat & kuat utk menghadapinya'.......amiiinnnnnnn

terima kasih utk sahabat2 (bell, bulat & ain) & abg (stap fazli) yg tidak berhnti memberi nsht kpd diri ini & terima kasih sbb menyedarkan dri chinta...terima kasih juga utk harizan...kata2mu smlm btl2 membuatkan hati ini tersentap...akhir sekali utk sjn saharizam...terima kasih bnyk stap...=)

disini saya Nur Atiekah bt Muhamad Azmi..no ic 891218065766..berjanji bahawa semalam 20hb April 2012 adalah kali terakhir saya berkawad...insyaALLAH mudah2an sudah tertulis yg terbaik utk kesihatan diri chinta ini...doakan ye...=)

Sembang-sembang Pagi Part 1

Bismillahirrahmanirrahim....=)

Alhamdulillah & syukurku padaMu sentiasa mengiringi hati ini....

topik pagi ni masa sarapan dgn bulat psl 'hantaran'...hehehe manarik??? jom kita lyn.....

bulat : aku nnt time kahwen je nk hantaran....tunang cincin cukuplah....
chinta : aku klu tunang nnt nk telekung & al-quran je...
bulat : biasanya al-quran ni masa kahwen kite mnx...
chinta : pepandai je ko ni..2 smua adatlah....uhuhu aku nnt mse khwen nk mnx al-quran yg hbs dibaca bakal suami aku...aci?hehehe
bulat : de sbb org mnx cm 2...sbbnye al-quran 2 akan jd tanggungjawab suami ko lps ko dgn die khwen nnt...
chinta : ???????
bulat : cmni...tanggungjawab 2 mknenya tanggungjawab suami ko mengajar ko baca al-quran smpai ko khatam selama ko dgn die....
chinta : besar sungguh tanggungjawab bakal suami aku nnt.....(dlm hati)


p/s : the moral story kt cni carilah bakal suami yg blh membimbing kita menuju ke jln yg diredhaiNya supaya kita sama2 menikmati kemanisan & kenikmatannya....InsyaAllah...=)


Permata Hatiku...


PERMATA HATIKU

Muhamad Azmi b. Yusof
03101965

Saat arwah mak tinggalkan kita
kau abah & kau juga emak...

Tidak sedikit pun kau merungut
jarang sekali kau mengeluh penat
tiada istilah letih bagimu
kebahagian kami kau idamkan....

Sayang kau pada kami berlima
tidak pernah berbahagi kasih
tiada lebih tiada yang kurang
bagimu semuanya sama....

Abah, 
hati anakmu ni merintih pilu tika mengenangkanmu
terkenang akan pengorbanan besarmu kepada kami
tidak tertanggung rasanya dihati ini
sayang, cinta & kasihmu sentiasa mencurah membasahi bumi hati kami.....

Teringin hati ini ingin menjadi kuat sepertimu
menghadapi ujian Dia dengan hati yang tenang
menerima cacian & makian dengan hati yg bangga
kerana bagimu tiada orang lain sekuatmu...

Ya Abah,
kau sememangnya kuat
menerima kehilangan orang kau cintai dengan ikhlas
menjalani ujian membesarkan kami dgn baik
menjadikan kehidupan kami indah...

Ya Allah,
hambamu ini memohon padamu
lindungilah abah dari perkara-kara yang mungkar
& orang-orang yang tidak mendatangkan manfaat kpdMu....

Lindungi abah dengan cahaya keimananMu
tetapkanlah hati abah utk terus mengingatiMu Ya Allah...

Berikan kesihatan yang baik utk abh
& kasihanilah abah seperti mana dia mengasihani aku
ketika aku kecil....
aminnnn




Friday 20 April 2012

Aku Mahu Pulang


Gelap malam pasti terang
Sang mentari pasti datang
Kesesatan perjalanan
Rahmat tuhan menentukan...

Berikan ku masa mencuci dosa
Aku kan pulang menebus usia
Di musim berlalu sepi memburu
Memaksa perindu meruntuhkan nafsu...

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan menjadi pegangan
Menjadi buruan...

Terimalah kembali wajah ini
Jangan terus membenci sampai mati
Sedang hari berganti kau mengerti
Sedang masa berganda kau merasa...

Aku manusia pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaannya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan
Aku manusia.........





-Aku Mahu Pulang (AMUK)




Thursday 19 April 2012

Tue Perli Namanya...

Asslmualaikum...=) mudah2an smuenya brd dlm keadaan baik2 shja...insyaAllah...

erm, 2 minggu lps de seorg shbt chinta ni...die mnx chinta dgn lagu ni 'kuintai cinta dlm rahsia'....chinta pn dgr la...mule2 2 x brp nk fhm sgt pe mksd lagu n tujuan die mnx chinta dgr lagu 2....pas 2 chinta pn abaikan je la...tp ntah cmne bkak radio arini chinta terdgr lagu 2...chinta pn terus mintak pakcik google tlg crikan lirik lagu 2....erm, baca pnye baca bru chinta fhm...uhuhuhu kurg asam btl pnye shbt...ngat kn knp rpenye die perli chinta...xpe2...uhuhu sbnrnye mereka2 kt luar sne 2 x fhm pe yg chinta rasa...sakit yg chinta rasa tp 2 dlu la...skrg dh ok...alhamdulillah...shbt2 bnyk membantu...bantuan kekal dr Allah s.w.t juga masih jelas sehingga kini...alhamdulillah chinta kembali pulih & kembali normal...hehehe biasalah kn adat dunia...tiada  kekal abadi selain cinta kita kpd Pemilik Cinta yg sbnr...btl x? hehehe alhamdulillah semoga chinta kuat & semakin kuat utk menghadapi cbran & dugaan yg akan dtg....semoga semua itu dpt menjdkan chinta seorang yg matang...insyaAllah....=)


Bila Rindu...

Bismillah pembuka bicara chinta pg ini....

Hati ini masih lg memanjatkan kesyukuran kpd Allah s.w.t kerana masih memberi chinta bernafas dibumi pinjaman Dia ini...

Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w....allahumma solli a'la saiyidina muhammad wa'al alihi muhammad......=)

arini chinta nk berbicara soal rindu...ya, rindu 1 perasaan yg normal yg wujud dlm setiap jiwa manusia....1 perasaan yg sgt2 unik & indah....tp rindu juga akan menyebabkan hati kita resah jika kita biarkan ianya menguasai diri kita...jd kita perlu th cara utk menguasainya...terutama rindu itu kita serahkan pd mereka2 yg belum halal bg kita...oleh sbb itu, kt cni chinta bg link dr blog penceramah wanita yg dikagumi chinta iaitu Puan Fatimah Syarha...http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2012/01/bila-rindu-bagaimana-menguruskannya.html ...kt dlm ni akan mengajar kita menguruskan perasaan ini dgn cara yg betul supaya ianya tidak terpesong dr landasan yg diredhaiNya.....=) insyaAllah...sama2 la kita hayatinya ya....

Wednesday 18 April 2012

Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kpd chinta...=)

ntah knp tbe2 teringat pengalaman pertama kali menjejak kaki di negeri Kelantan bersama2 bulat yg kusayangi...lps je kem menembak di Kem Hobart Gurun chinta & bulat tergerak hti nk ikot bdk2 ni sbbnye nk melawat ja & hadziq...isteri kpd pp & ank kpd mereka berdua....dlm masa yg sama gak kami nk g kndri umah sorg shbt ni...2...ari 2 kmi naek bas kol 8 mlm....kol 7 2 kami dh gerak ke bus stand...3 tan dtg amek...erm, klu x clap 2 gak kli terakhir kami berjumpa dgn Tn Abu....pertama kali naek bas perjlnan jauh ni mmg mencabar...serius bdn chinta sakit2...uhuhu tp xpe pengalaman kn....=) sepanjang perjalanan 2 chinta x th pe yg terjd sbbnye chinta tdo aje...topup tdo utk ganti mse menembak ari 2 sbbnye masa tdo chinta kt sne amat2 terhad....sedar2 dh berhenti kt perhentian & dh smpai kelantan...kami smpai kelantan 2 dkt subuh gak la...lps solat subuh kt surau bus stand sne kmi p srpn smbil2 tggu abg kpd sorg shbt ni dtg amek kami....pas 2 kami lepak umah pp...hehehe smpai je kt kedai mama pp..mama soh kami mkn...pg2 kami dh mkn nsi berlauk...katenye pp mmg org blah sne cm 2...ok la kn adt kite berlainan...erm, lps je dr 2 kami ke rumah pp...smpai je kt umah kmi terus amek port & terus smbung tdo...hahaha sedar2 ja dh smpai.....Ya Allah, rndunya kt die....hehehe lps dh lpskan rndu kt die 2 kami pn siap2 nk g kndri & sementara tggu geng2 pk ni smpai kmi lepak2 lg...minum2 & borak2....bila smuenya dh smpai kmi pn gerak ke rumah ja & terus ke umah kndri....happy je waktu 2 kn....ni antara pic kami sepanjang ari 2...=)

si zarith yg kekurangan tdo...erm, lantai kt beranda pn jd la kn....hehehe

Q yg x pernah pisah dgn beg silang die 2....biasela org pnting kn....=)

yg i x pasti spe...hehehe sengih smpai ke telinga.....

erm, pe la yg disukakan oleh Q, zarith & helmi 2 kn....

pe yg dibncangkan oleh bdk2 ni??

kami....bersahabat hanya kerana Allah s.w.t....=)

insyaAllah jika diberi peluang chinta nk g Kelantan lg...nk g jln2...=)







....='(

Ya Allah, aku ingin menangis lagi.......=( mengapa 'itu' berlaku lagi? 'itu' yang membuat aku mengalami saat-saat yang paling aku tak suka.....Ya Allah, dengan aku menangis ini dapat membuatkan hati ini tenang aku redha Ya Allah & klu dengan menangis juga membuatkan hati ini kembali mengalami rasa2 itu aku juga redha Ya Allah.....aku yakin dengan ketentuaanMu....ketentuan yang bakal membawa aku ke lembah yang diredhaiMu.....Ya Allah, jika ianya baik utk aku, agama aku, keluarga aku, sahabat2 aku Kau dekatkanlah kami tp jika ianya tidak baik maka kau jauhkanlah kami.....jauhkan ia dari aku terus, terus & terus mengalami 'itu'.....Ya Allah, permudahkanlah juga urusan aku dalam menghadapi hari-hari yg akan dtg...supaya hari2 aku bakal membawa keberkatan kepada aku, keluarga aku & sahabat2 aku.....insyaAllah amiiinnn

~Fikir Sejenak

Bulan malam ini menjadi saksi akan janjimu
janji yang akan membahagiakan hatimu & hatiku
juga perasaan sayangmu & cintamu bukti
janjimu semanis kata-katamu...

Wah, indah sungguh tika itu kan
yang pahit menjadi manis
yang racun menjadi madu
yang busuk menjadi wangi
& yang buruk menjadi indah....

Bahagia tika itu dunia ini milik kita
sedangkan ada satu perasaan yang kita terlupa
terleka dalam melayan perjalanan indah
yang kononnya boleh bahagiakan kita....

Tidakkah kau sedar akan satu perasaan itu?
tidakkah kau terfikir perasaan cemburu akan wujud?
tidakkah kau terlupa bahawa hati itu suci?
suci lagi suci yang hakiki....

Hakiki milik Pemilik Hati yang sebenar
hati yang halus lagi suci murni
juga hati yang tulus ikhlas menghulurkan kasihnya
yang mengalir deras sederas-derasnya....

Wahai kalian yang berkata hatimu berhak disentuh
dijaga oleh hati lain milik insan lain
wajarkah kalian membiarkan hatimu diceroboh oleh penceroboh hati
yang hanya mahu mengambil hatimu untuk alat permainannya?

Fikir sejenak untuk membuktikan kata-kata itu hanya palsu
kepalsuan cinta yang belum pasti hanya satu sia-sia
hanya membuang masa tanpa kira usia
walaupun hati ini bahagia seketika....

-at studio grafik kelas KPD
-17 april 2012

Tuesday 17 April 2012

Amalan Menjadi Wanita Solehah.....






Bismillahirrahmanirrahim....

“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.
Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga 
menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit
tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 
waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai
menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain 
khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan 
berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal 
waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah 
sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan
kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap 
pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan
nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila
semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. 
Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan 
gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup 
aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh 
mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya
Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua
perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab
dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah
menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah
kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan
kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan
memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu
sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat 
seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua
yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.



~Selamat Pengatin Baru utk Angah & Abg Ahmad

Kita berada di sini pada hari ini khas
Hati kita penuh kebahagiaan
Satu hari yang membawa anda berdua
rapat antara satu sama
Kami berkumpul di sini untuk meraikan
Satu momen yang anda akan sentiasa menghargai
Kami memohon kepada Allah untuk berkasih sayang anda
kekal selama-lamanya

Mari mengangkat tangan kita dan membuat Doa
Seperti Nabi mengajar kita
Dan dengan satu suara
Mari kita semua mengatakan, berkata, berkata

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fi Khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii Khair.


Dari sekarang, anda akan berkongsi semua kerja rumah anda
Melalui jantung-kapal untuk menyokong antara satu sama lain
Bersama-sama menyembah Allah
Mencari keredaan-Nya

Kita berdoa bahawa Dia akan mengisi hidup anda
Dengan kebahagiaan dan rahmat
Dan memberikan anak-anak anda yang membuat rumah anda
Penuh dengan gelak ketawa

Mari mengangkat tangan kita dan membuat D0a
Seperti Nabi mengajar kita
Dan dengan satu suara
Mari kita semua mengatakan, berkata, berkata

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fi Khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii Khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلي وسلم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Mari mengangkat tangan kita dan membuat Doa
Seperti Nabi mengajar kita
Dan dengan satu suara
Mari kita semua mengatakan, berkata, berkata

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

selamat pengantin baru utk Angah & Abg Ahmad...semoga cinta kalian sentiasa berada dilandasan Pemilik Cinta yg sebenar...=) cpt2 la dpt bby ye...mst comel nnt...hehehe