Tuesday 29 November 2011

Rose @---<-------


Bunga ros?? wahhh...bunga kesukaa aku...serius mmg aku gila bila aku nmpk bunga ni...hihihi bunga ni cantik kn...indah sungguh alam ciptaanNya kn..=) Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih mampu menikmati keindahan alam ciptaanMu Ya ALLAH...


ok, skrg aku nk cerita knp aku suka bunga ni..pertama, bunga ni klu kita tgk lembut je..tp dlm menikmati kelembutan dan keharumannya kdg2 kita x perasaan yg bunga ni ada duri yg tajam...klu kena jari agk sakit jgak la...hihihi cuba tgk kelopaknya...cantikkan...sbnrnya bunga ni mewakili hidup kita...x caya?? meh sni aku ungkap 1 per 1...mula2 kita pergi ke tangkainya dahulu...tangkai bunga ni unik ckit tau...knp aku ckp unik? sbb bunga ni ada duri...wlupn bunga ni cantik tp dlm kecantikkannya de 1 'kelebihan' yg melindunginya...ibarat hidup ini wlupun kita bukan manusia yang sempurna tp msing2 memiliki kelebihan kurniaan ALLAH s.w.t...oleh itu, kita sebagai manusia yg kerdil hendaklah bersyukur dengan kelebihan ni dan jgn la di bagga2kan kerana kelebihan itu blh ditarik bila2 masa Dia suka...'apabila Dia inginka sesuatu maka akan terjadi apa yang diinginkan oleh Dia'...



seterusnya kita pergi ke kelopaknya pula ya...=) bunga ini memiliki kelopak yang cantik dan banyak...bagi aku setiap kelopaknya mewakili setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita...setiap hari kelopak bunga yang x elok ni akan gugur dan akan digantikan dengan kelopak yang elok...disini dapat diberitahu bahawa setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita hendaklah kita simpan dan biarkan ianya berlalu tetapi dlm masa yang sama hendaklah kita jadikannya sebagai panduan hidup...InsyaALLAH moga2 hari esok mampu menjadikan kehidupan kita seindah bunga ini...Seindah alam ciptaanMu Ya ALLAH...


erm, masih lagi bab kelopak...walaupun kelopaknya gugur & kdg2 dibiarka begitu sahaja tetapi sebenarnya kelopak ini klu kita simpan ia boleh dijadika wangian...klu x caya pergila wt...serius aku x tpu...hihihi erm, cm 2 gak dgn kehidupan ini...kdg2 kita rasa kita ni x berguna ttp sebenarnya kita ni masih lagi berguna utk hari2 yg akan datang...kesilapan yang dulu jgnlah dikenangkan tetapi jdikan kesilapan lalu itu sebagai panduan utk kita menjalani kehidupan kita pada masa akan datang supaya pisang tidak berbuah 2 kali...ALLAH itu maha pengampun...dosa2 hambaNya yg bertaubat InsyaALLAH dimakbulkanNya jika kita betul2 mengharapkan keampunan daripadaNya...=)


Sunday 27 November 2011

....wanita


Menjadi WANITA itu Kehendak TUHAN

Menjadi CANTIK itu RELATIF


Menjadi MUSLIMAH itu ANUGERAH

Tetapi menjadi MUSLIMAH yang SHOLEHAH itu PILIHAN.....(^_^)


'YA ALLAH...iznkn daku menjadi kuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlk mulia,

 harum mewanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman&takwa..namun keindahan 

zahirnya kusmpn rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi yang 

mejadi punca fitrah hati..'


Sunday 20 November 2011

'Dia Tercipta Untuk Aku'

Ayt ni sbnrnya aku dh lupa dh...kali terakhir aku ingat pun mgkin sethun yg lps tp tbe2 kata2 2 terngiang2 kt telinga ni...hahaha tujuan aku bkn utk bercerita kisah lama tp tujuan aku disini adalah utk memberitahu bahawa setiap apa yg berlaku dlm hdup kita semuanya dah tertulis...kita hanya merancang & Allah itu juga merancang...sebaik2 perancang adalah Allah s.w.t...=) aku nk tegaskan disini utk dia yg pernah sakiti hati ini yang kata2 kau x blh pkai la bai...hahaha maaf la ye...aku bukan nk gelakkan kau tp aku rasa firasat kau x betul & x tepat...sekarang ini insan yg kau cakap yg mmg tercipta khas utk kau 2 akan bernikah dgn org lain...utk Siti Khadijah 'selamat pengantin baru'...semoga kamu bhgia disamping suami yang tersyg & semoga menjadi isteri yang solehah...insyaAllah aminnn...=) utk kau pulak 'belajar lah terima hakikat & mudh2an kau akn berjumpa dgn insan yg sememangnya dh tertulis utk kau...the moral storynya adlah setiap apa yg berlaku & setiap perkara yg bakal berlaku semuanya sudah diaturkan...kita sebgai hambaNya hanya mampu berdoa memohon yg terbaik utk diri kita...insyaALLAH aminnnn =)

Friday 18 November 2011

Amanah vs Sakit Hati

Bermula saat & ketika itu tanggungjawab yang aku pikul dalam PALAPES UPSI semakin, semakin dan semakin berat...tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku ini betul2 membuatkan hidup aku tak tentu arah...aku mengalami konflik dalaman yang sangat teruk...kalau ditanya sudah semestinya aku nak letak jawatan sekarang jugak...sbbnya?? sbbnya aku dah tak sanggup nak memikul beban yang berat ini...cukup la sem lepas aku dah jd Sjn kpd platun 1 dan merangkap wakil tertinggi wanita peringkat intermediate...sekarang pulak aku memegang jawatan Junior Under Officer (JUO) kpd peringkat intermediate...dan aku juga merangkap wakil tertinggi wanita kpd semua peringkat...Ya Allah makin berat tanggungjawab yang diamanahkan kpd aku ini...sejak dr ari pertama aku memegang jawatan ini sehingga sekarang mcm2 cerita berkaitan dengan aku telah timbul...Ya Allah dugaan lg...bila cerita2 tersebut timbul menyebabkan hati aku ni sakit dan smkin sakit...knp perlu aku? knp aku perlu bertanggungjawab ats kesalahan org lain?? knp aku?? knp bukan org lain?? uhuhu...sekarang hidup aku tiada lagi erti 'privasi'...mana aku pergi dan apa aku buat semuaya jadi tumpuan...sungguh aku bosan dengan semua ni...semua ni mengajar dan mendidik aku menjadi seorang yang sgt hipokrit...kadang2 aku rasa apa yang aku korbankan utk PALAPES hanya sia2 je...kadang2 2 jgak aku rasa seperti tidak kuat utk harungi semua ni tapi Ya Allah aku bersyukur kerana Kau sentiasa berada disisiku dalam senang dan juga susah...Kau mengajar aku erti kedewasaan...Kau mengajar aku erti kehidupan...aku akan cuba belajar utk memikul tanggungjawab ini dengan baiknya insyaALLAH...

p/s : kt bwh ni de bbrp keping pic aku semasa pemakaian pangkat...InsyaALLAH mudah2an aku dapat memikul amanah ini dengan seikhlas2nya....=)










Mengarut part 1

Time2 cmni mmg aku suka mengarut...mengarut merupakan hobi aku dikala aku kebosanan dan keserabutan...=) hahaha bosan?? serabut?? 2 perkara yg sememangnya selalu menghantui diri aku bila semua housemate n roomate aku pergi 'dating'...uhuhu ntah la knp sejak akhir2 ni ssh utk aku 'berdating'...mgkinkah katil dan bantalku merajuk?? erm, biarlah...aku x kesa pn klu katil n bantal aku tue nk merajuk sekalipn sbb skrg aku dh de teman baru utk berdating...sejujurnya aku suka dgn teman baru aku ini...melaluinya aku merasai nikmat-nikmat keindahan berdating tue...hihihi terima kasih kpdMU kerana membenarkan aku berdating dgnMU...kenikmatan yang aku dpt melaluiNya memang x dpt ditandingi oleh sesiapa pun...maaf kpd awk...bkn sya menduakan awk tp sya cuba mencari sesuatu yg lebih baik utk kegunaan @ keperluan kita satu hari nnt...insyaALLAH...=) jujur sya nk bgth awk yg sya sygkn Dia lebih dr sya sygkn awk...sya rindukn Dia lebih dr sya rindukan awk dan sya cintakan Dia lebih dr sya cintakan awk...sya hrp awk dpt menerimanya dgn hati yg tenang...sya th awk mesti fhm keadaan kita skrg ni kn...=) terima kasih kerana memahami sya...erm, ok la berbalik kpd bhgian mengarut...knp tah tbe2 aku terasa cm nk pukul org je...mgkin sbb dh bnyk sgt bnd yg aku smpn dlm hati ni kot...Ya Allah dugaan kali ini btl2 mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran...kesabaran?? walaupn blm sepenuhnya aku menguasai 'ilmu' kesabaran ni tp aku akan cuba utk mempelajarinya krn Allah syg akn org2 yg sabar...ya, aku mengaku bhw aku bknlah dilahirkn dgn sikap ini tp aku akn cuba krn aku perlu berkorban utk meraih cinta & syg drNya...Alhamdulillah bulat, bell, ain & awk sndri bnyk mengajar aku erti kesabaran ini...insyaALLAH suatu hri nnt kalian akn lihat hasilnya...hihihi aku rasa smpai cni je utk waktu ni...nnt klu aku mengarut bnyk rsau esok2 aku xde point nk mengarut...hihihi pe2 pn terima kasih semua...syg sgt kt kamu...asslmualaikum              

Monday 14 November 2011

1001 Kenanganku bersamaMu...

Asslmualaikum...rasanya tidak keterlaluan untuk aku berbicara soal cintaku, rinduku dan kekagumanku pada si Dia disini...mudah-mudahan tulisanku ini dapat mengingatkan dan menyedarkan kedudukan aku disisiNya...8hb Nov - 11hb Nov merupakan minggu yang membuatkan hati aku meronta-ronta untuk mencoret sedikit cerita aku sepanjang tarikh tersebut...tarikh tersebut merupakan tarikh untuk aku melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar, kadet dan juga sebagai hambaMu....sepanjang tempoh tersebut setiap saat hati ini memuji kehebatanMu dan kekuasaanMu...ketika ini juga aku semakin cinta, rindu dan sayang kepadaMu...kehadiranku disambut dengan suasana yang tenang dan damai...bunyi air yang mengalir betul-betul membuatkan jiwa halusku ini bisu untuk berkata-kata...hutannya yang menghijau seolah-olah telah berjaya memukau diriku ini...tika itu juga hati ini berbicara alangkah bagusnya jika aku tinggal di tempat seperti disana...melihat keindahan tempat itu membuatkan aku rasa seperti berada disyurga dunia...jika syurga dunia setenang, seindah, sedamai itu inikan pula syurgaMu...ALLAHUAKBAR sesungguhnya aku amat cintakanMu...perasaan itu semakin menebal apabila malam-malamku dihiasi dengan suasana bulan yang terang dan indah...Ya Allah betapa indahnya malam tersebut sehingga membuatkan aku leka seketika...terdetik juga dihati kecil ini untuk menikmati malam tersebut bersamaMu tetapi sayangnya aku terpaksa menguruskan hal dunia yang sememangnya sudah menjadi tanggungjawabku ini...insyaAllah walaupun tanpa bulan menemaniku pada malam-malam yang akan datang, aku tetap ingin bersamaMu kerana cinta, rindu dan sayangku padaMu smakin menebal...melihat dan merasai suasana begitu membuat aku rasa diri ini sangat kerdil...semakin aku cinta, rindu dan sayang padaMu semakin banyak yang perlu aku lakukan supaya cinta, rindu dan sayangku ini disambut olehMu...Ya Allah aku mohon padaMu supaya terus dan terus berada disisiku untuk selama-lamanya...=)