Thursday 15 March 2012

Dahagakan PetunjukMu....

Aku dahagakan petunjukMu
pertunjuk yang akan merungkai segala-galanya
yang mampu meredakan perasaan ini
yang semakin menghantui diri ini....

Semakin hari semakin resah didada ini
kala hati tidak tenteram kerana kenangan semalam
hanya pertunjuk dariMU yang ku pinta
saat perasaan itu wujud....

Ya, 
diri ini sedar akan kehadiranMu
kejahilan diri yang ada membataskan semuanya
sehingga aku terbuai dalam permainan dunia...

Kini, 
aku pohon pertunjukMu
agar semuanya kembali normal
kembali seperti sedia kala....

Semoga perasaan seperti ini tidak kembali
kerana perasaan itu bisa membuatkan aku resah
memikirkannya walaupun ku tahu itu ketentuanMu
Ya Allah sentiasalah berada disisiku kala
diri ini kesenangan mahupun kesusahan........

No comments:

Post a Comment