remaja,
perlukah
kau idam jejaka yang tampan,
perlukah kau
damba gadis cantik rupawan,
perlukan al-Quran
jadi panduan,
perlukah
as-Sunnah jadi ikutan,
adakah mati
engkau berteman ,
tepuk dada
tanyalah IMAN.
Remaja
Jejaka tampan idamanmu
Gadis rupawan seindah bidadari kau dambakan
Mengapa bukan Al-Quran As-Sunnah kau gilakan
Agar kelak kau mati ianya jadi peneman…
remaja,
pernahkan
kau mengambil kisah
tentang al-Quran
dan juga as-Sunnah
yang dicincang
takkan punah,
yang dipijak
takkan rendah,
yang ditikam
takkan rebah
kerna ia utusan
Allah
yang maha
pengasih lagi maha pemurah
Remaja,
Mengapa kau tidak pedulikan surat cinta utusan Allah?
Mengapa kau abaikan harta peninggalan Rasulullah?
Harta yang kekal lagi abadi
Ayat-ayat cinta dari Pemilik Cinta Hakiki…
remaja,
hidupmu kini
perlu berdikari
yakni berdiri di
kaki sendiri
janganlah diikuti
kehendak hati
kelak hidupmu
tidak bertali
peliharalah iman
dan juga hati
seperti dituntut
imam syafie
Kau perlu berdikari
Bangun jatuh hidupmu hanya sendiri
Sendiri menjaga iman dan hati
Kata-kata hasutan nafsu kau jauhi
Kelak hidupmu indah disana nanti..
remaja,
zamanmu
sarat dengan pelbagai pancaroba
darah muda
menggelegak meronta
meronta mencari
keseronokan dunia
sekadar indah di
mata
bak indah suara
dari bahasa
agar engkau
sentiasa leka
dengan segala
hasutan dunia
Remaja,
Zamanmu zaman cabaran hasutan
Sarat dengan liku-liku kehidupan
Kehidupan yang bakal menentukan masa depanmu
Masa depan yang abadimu nun jauh disana…
Remaja,
Kau lalai dibuai keseronokan dunia
Kau lupa akan janji-janjiNya
Mahukah kau hanyut dibawa arus dunia
Hingga kau tergelincir dalam jurang nafsu mudamu?
Tebuk dada Tanya IMANmu..
*Zarith
Mohamed
*Nur Atiekah Muhamad Azmi
No comments:
Post a Comment