Saturday 30 March 2013

Qasidah Jalaliyah

Asslmualaikum...Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad s.a.w...syukur alhamdulillah sehingga kini chinta masih lagi bernafas dibumi pinjaman Allah s.w.t ini...^^ Jumaat 29/03/2013...chinta & bell ke majlis ilmu yg lebih dikenali sebagai 'Muslimat Garden'...alhamdulillah pada ari 2 kami diperkenalkan & dengan pelbagai jenis Qasidah...Subhanallah sungguh indah bait2 Qasidah 2 & alunannya juga sangat merdu...Allahuakbar indah sungguh ciptaanMu Ya Allah...=) antara Qasidah yg diperkenalkan adalah Qasidah Jalaliyah...jom dgr Qasidah ni.....


Nabi kami yang mulia adalah Rasulullah,
Dan pemberi syafaat kepada kami dialah Habibullah,
Dan Tuan kami dialah Kekasih Allah s.w.t
Selawat kami untuknya Ya Allah,

Dialah Rasulullah dialah Kalimullah,
Dan Dialah semulia-mulia nabi daripada Nabi Allah s.w.t yang lain,
Dialah Rasulullah dialah Sofiullah,
Dialah imam bagi orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t...

Baginda datang kepada kami sebagai rahmat
Lalu kami beriman dengannya Ya Allah,
Maka berilah taufiq kepada kami dan muliakan kami,
Dengan kebaikan dan keredhaanMu Ya Allah...

Wahai Tuhan kami, pulihkanlah kami semua,
Daripada segala penyakit Ya Allah,
Dan sucikanlah kami dari segala dosa
Dengan kemuliaan daripada Mu Ya Allah...

Wahai Tuhan kami ampunilah ibu bapa kami
Wahai Tuhan kami rahmatilah mereka berdua Ya Allah,
Wahai Tuhan kami peliharalah keaiban kami
Dan janganlah engkau mendedahkannya Ya Allah...

Wahai Tuhan kami sentiasalah beri hidayah kepada kami
Bagi mendapat keredhaanMu Ya Allah
Dan jadilah pembantu bagi kami wahai Tuhan 
Untuk di dunia juga di akhirat Ya Allah...

Dan tempatkanlah kami didalam syurga Firdausi
Bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w Ya Allah,
Supaya kami dapat melihat ZatMu yang kekal
Dengan kecintaan kepada Nabi s.a.w Ya Allah....

SelawatMu ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Baginya juga ucapan salam daripada Allah s.w.t
Begitu juga ahli keluarga Baginda s.a.w dan para sahabatnya
Yang demikian selama-lamanya Ya Allah...

No comments:

Post a Comment