Wednesday 12 September 2012

~~ HATI



Saat ini jika ditanya soal hati & bicata tentang hati
akan ku katakan bahawa hati ini tengah merindui
merindui seseorang yang pernah melakarkan kasihnya pada hati ini
kasih yang indah kononnya lagi abadi...

Dunia oh dunia
kau menghancurkan hati ini dengan mainanmu
permainan yang kau cipta atas tujuan itu
memusnahlan satu hati yang tulus lagi lurus....

Mempercayaimu adalah kemahuanku
tergoda dengan segala permainanmu adalah kemahuanku
ganjaran yang bakal diperoleh juga adalah kemahuanku
ah, kau betul2 menyusahkan ku!!!

Tidakkah kau mengerti wahai dunia
kau dicipta hanya sementara sebelum kau dihitung dihari itu nanti
hari yang bakal menampkkan segala permainanmu
permainan yang pernah menghancurkan hatiku...

Hati oh hati
engkau tidak layak untuk berbicara soal rindu jika engkau sendiri tidak mengerti
merindui sesuatu yang tak pasti & sememangnya tidak pasti
yang bakal menyebabkan engkau terus terasa dilukai...

Jangan pernah engkau merindui hati itu lagi
merindui hati lain milik insan lain melebihi ALLAH s.w.t adalah tidak betul
satu dosa yang bisa menjemputmu ke lembah hina
oleh itu mengertilah wahai hati...


(nur atiekah bt muhamad azmi)
SMK Astana
12/9/2012
12:47 pm



No comments:

Post a Comment