Friday, 17 May 2013

::REMAJA::



remaja,
perlukah kau idam jejaka yang tampan,
perlukah kau damba gadis cantik rupawan,
perlukan al-Quran jadi panduan,
perlukah as-Sunnah jadi ikutan,
adakah mati engkau berteman ,
tepuk dada tanyalah IMAN.


Remaja
Jejaka tampan idamanmu
Gadis rupawan seindah bidadari kau dambakan
Mengapa bukan Al-Quran As-Sunnah kau gilakan
Agar kelak kau mati ianya jadi peneman…

remaja,

pernahkan kau mengambil kisah 
tentang al-Quran dan juga as-Sunnah
yang dicincang takkan punah,
yang dipijak takkan rendah,
yang ditikam takkan rebah
kerna ia utusan Allah 
yang maha pengasih lagi maha pemurah


Remaja,
Mengapa kau tidak pedulikan surat cinta utusan Allah?
Mengapa kau abaikan harta peninggalan Rasulullah?
Harta yang kekal lagi abadi
Ayat-ayat cinta dari Pemilik Cinta Hakiki…

remaja,
hidupmu kini perlu berdikari
yakni berdiri di kaki sendiri
janganlah diikuti kehendak hati
kelak hidupmu tidak bertali
peliharalah iman dan juga hati
seperti dituntut imam syafie


 Remaja,
Kau perlu berdikari
Bangun jatuh hidupmu hanya sendiri
Sendiri menjaga iman dan hati
Kata-kata hasutan nafsu kau jauhi
Kelak hidupmu indah disana nanti..

remaja,
zamanmu  sarat dengan pelbagai pancaroba
darah muda menggelegak meronta
meronta mencari keseronokan dunia
sekadar indah di mata
bak indah suara dari bahasa
agar engkau sentiasa leka
dengan segala hasutan dunia


Remaja,
Zamanmu zaman cabaran hasutan
Sarat dengan liku-liku kehidupan
Kehidupan yang bakal menentukan masa depanmu
Masa depan yang abadimu nun jauh disana…

Remaja,
Kau lalai dibuai keseronokan dunia
Kau lupa akan janji-janjiNya
Mahukah kau hanyut dibawa arus dunia
Hingga kau tergelincir dalam jurang nafsu mudamu?
Tebuk dada Tanya IMANmu..

*Zarith Mohamed
*Nur Atiekah Muhamad Azmi




Tuesday, 14 May 2013

Number One


Letaklah Allah Nombor 1 Dihati Kita..

Bismillahirrahmairrahim..
Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaanNya..

Jika saat ini ditanya apa yang hati ini berbicara ingin chinta sampaikan bahawa chinta merasai ssuatu perasaan yang sangat bersalah terhadapNya..terasa semakin hari semakin chinta lalai dalam mengingatiNya..Allahuakbar, sungguh chinta sangat kecewa..chinta terlalu melayani perasaan yang satu ni sehingga chinta melampaui satu batas yang dianggap kurg manis jika seorang muslimah melakukannya..Allah, maafkan kekhilafan chinta..sepatutnya chinta tidak meletakkan 'dia' lebih penting selain dari Mu Ya Rabbi..sampai satu tahap chinta mengalami kegelisahan yang sangat teruk disebabkan terlalu memikirkan 'dia' yang belum tentu menjadi milik chinta jika dibandingkan dengan Mu Ya Allah yang sememangnya jiwa dan raga chinta milikMu..meletakkan 'dia' nombor satu di dalam hati ini sukar untuk chinta mentafsirkannya..kehidupan chinta menjadi tidak tentu arah, tidak keruan, huru hara, gelisah dan sebagainya..bukan disebabkan 'kekaguman' chinta kepadanya tinggi tapi sebabnya kesalahan cinta meletakkan 'dia' nombor satu dalam hati ni membuatkan chinta terasa bodoh dengan pemainan dunia..tewas dengan permainan syaitan yg keji..Ya Allah, akan chinta sedaya upaya menguatkan iman ini supaya tiada sesiapa yang boleh menggantikanMu dihati ini..hanya namaMu Ya Allah tersemat didalam lubuk hati ini..hanyaMu Ya Allah....



14 May 2013
Perpustakaan Tunku Bainun UPSI 

Sunday, 12 May 2013

Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi (Hatimu Milik Siapa??)

Asslmualaikum...=)

Bismillahirrahmanirrahim...syukur Alhamdulillah kpdNya...^^

erm, ada apa pada tarikh 20 Mac 2013 (rabu)?? sbnrnye ari 2 Ustazah Fatimah Syarha & suaminya Dr. Farhan Hadi dtg ke tmpt kami...bumi Murabbi kmi...bumi Tg Malim...kali ni merupakan kali ke2 chinta dgr & lihat sndri Ustazah Fatimah Syarha & pertama kali Ustazah dtg ke sini suami dia...Alhamdulillah mlm 2 urusan kami semua dipermudahkan...=) tajuk yg dikupas oleh pasangan sweet ni adalah "Hatimu Milik Siapa??" Subhanallah kupasan yg sangat ringan, mudah, & sempoi dr mereka...penyampaian mereka sangat sesuai dgn situasi kami sebagai seorang pelajar, anak, & HambaNya...








*Semoga dapat kami bersua muka bersama lagi...insyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kami...Amiinnn ^^

Saturday, 11 May 2013

Sharifah Khasif

Asslmualaikum & Salam Perpaduan semua...Alhamdulillah syukur kpdNya dengan izinNya dapat chinta bernafas lg didunia pinjamanNya ini...^^ syukran Ya Allah...

Sharifah Khasif?? siapa yg x kenal beliau maknanya x cinta la kn..hehehe Sharifah Khasif merupakan bekas juara Qari'ah Tilawah Al-Quran bg kategori muslimat...beliau di kira salah seorang yg chinta kagumi..Alhamdulillah dgn izin Allah, dapt juga chinta bersua muka dan sempat bersalaman bersama beliau..Alhamdulillah Ya Rabbi...=) alunan ayat2cinta Allah amat merdu sekali...Allah, membuatkan airmata ini bergenang sekejap mendgr dan melihat kelebihan yg Allah pinjamkan kepada beliau....(iri hati pn de jgak tp iri hati yg positif tau..hehehe) insyaAllah jika chinta x smpat utk belajar cara mengalunkan ayat2 cinta seperti beliau, chinta akan menghantar bakal anak2 chinta belajar seperti beliau dan blh mengamal ayat2 cintaNya utk panduan hidup supaya apabila chinta kembali ke alam kekal chinta sudah meninggalkan bekalan yg baik utk chinta bawa ke alam sana nnt..insyaAllah ^^





Sunday, 31 March 2013

::Engkau Yang Satu::

Tikaku rindu padaMu
Selaluku mengucapkan kalimahMu
Rasa tenang selubungi jiwa
menjadi hidupku indah lagi damai...

Kuserah kepadaMu jiwa & raga
Kau pelihara ia tanpa sebarang cas
ku milikMu saat suka & duka
Ku sayang akan Kau selamanya...

Engkau yang satu
yang tetap abadi dalam diri ini
kasih, rindu & sayangku
cuma hanya untukMu...

Engkaulah yang satu 
tiada apa yang serupa denganMu
cuma Engkau satu tiada dua
hanya Engkau yang Satu....

Saturday, 30 March 2013

Qasidah Jalaliyah

Asslmualaikum...Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad s.a.w...syukur alhamdulillah sehingga kini chinta masih lagi bernafas dibumi pinjaman Allah s.w.t ini...^^ Jumaat 29/03/2013...chinta & bell ke majlis ilmu yg lebih dikenali sebagai 'Muslimat Garden'...alhamdulillah pada ari 2 kami diperkenalkan & dengan pelbagai jenis Qasidah...Subhanallah sungguh indah bait2 Qasidah 2 & alunannya juga sangat merdu...Allahuakbar indah sungguh ciptaanMu Ya Allah...=) antara Qasidah yg diperkenalkan adalah Qasidah Jalaliyah...jom dgr Qasidah ni.....


Nabi kami yang mulia adalah Rasulullah,
Dan pemberi syafaat kepada kami dialah Habibullah,
Dan Tuan kami dialah Kekasih Allah s.w.t
Selawat kami untuknya Ya Allah,

Dialah Rasulullah dialah Kalimullah,
Dan Dialah semulia-mulia nabi daripada Nabi Allah s.w.t yang lain,
Dialah Rasulullah dialah Sofiullah,
Dialah imam bagi orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t...

Baginda datang kepada kami sebagai rahmat
Lalu kami beriman dengannya Ya Allah,
Maka berilah taufiq kepada kami dan muliakan kami,
Dengan kebaikan dan keredhaanMu Ya Allah...

Wahai Tuhan kami, pulihkanlah kami semua,
Daripada segala penyakit Ya Allah,
Dan sucikanlah kami dari segala dosa
Dengan kemuliaan daripada Mu Ya Allah...

Wahai Tuhan kami ampunilah ibu bapa kami
Wahai Tuhan kami rahmatilah mereka berdua Ya Allah,
Wahai Tuhan kami peliharalah keaiban kami
Dan janganlah engkau mendedahkannya Ya Allah...

Wahai Tuhan kami sentiasalah beri hidayah kepada kami
Bagi mendapat keredhaanMu Ya Allah
Dan jadilah pembantu bagi kami wahai Tuhan 
Untuk di dunia juga di akhirat Ya Allah...

Dan tempatkanlah kami didalam syurga Firdausi
Bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w Ya Allah,
Supaya kami dapat melihat ZatMu yang kekal
Dengan kecintaan kepada Nabi s.a.w Ya Allah....

SelawatMu ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Baginya juga ucapan salam daripada Allah s.w.t
Begitu juga ahli keluarga Baginda s.a.w dan para sahabatnya
Yang demikian selama-lamanya Ya Allah...

Tuesday, 26 March 2013

'Tepuk Dada Tanya Iman'

Pemuda pemudi sakan berpasangan
berpimpin tangan sana ke sini
ketawa riang bagai dunia kita berdua yang punya...

Seronok sungguh berada dalam syurga ciptaan sendiri
bersuka ria tanpa peduli CCTV sedang merakam aksi
berpeluk bagaikan tidak mahu berpisah
bergesel sana sini....aduh, sungguh menjengkelkan!!!

Hukum Allah bagaikan perkara temeh
pandang ringan dengan perintah Allah
apa yang tahu aku seronok kau puas
kau suka aku lagi suka....

Ala, apalah sangat perintah Allah
jika dibandingkan dengan kenikmatan bercinta
hahaha..kau gila?!! tak takut azab Allah??
tak takut dengan api neraka???
erm, TEPUK DADA TANYA IMAN....


2212 p.m....