Wednesday, 10 July 2013

Selamat Pengantin Baru SAHABAT...^^

bismillahirrahmanirrahim....
syukur Alhamdulillah kepadaNya kerana membenarkan chinta bernafas dibumi ciptaanNya ini...
arini chinta nk kongsi sedikit kegembiraan chinta dan sahabat2 sempena walimah sahabat kami Nur Fatimazurin & Azmee...dengan walimah ini jugak pertama kali chinta dan bell ke batu pahat..Alhamdulillah perjalanan kami semuanya lancar...=) sampai di batu pahat..ibu zurin yg amek kami...Ya Allah, Engkau telah pertemukan kami dengan orang yg baik2 pada ari itu...malam 2 smpai je kami kt rumah zurin terus kami inaikan die..kesian die..kate ibunya si zurin tegah sedih sbb xde sahabat yg inaikan die...Alhamdulillah kami tiba masa masa yang sesuai...=) mlm 2 lepas dh siap semuanya kami mkn n rest...terasa syahdu bila melihat sepasang ank beranak tgh berbicara ttg t/jwb yg bakal dipikul...Ya Allah, ikatan itu sangat indah...erm, keesokkan arinya kami bersiap2 utk merai ari indah sahabat kami...yea..hehehehehe jom...setiap gmbr ada ceritanya...


bell & ain kecik yg comel...hehehe 

menyempat lagi die bergambar......

Nur Fatimazurin...sahabat baru & sahabat selamanya...insyaAllah

Majlis Khatam Al-Quran....

bersama zauj yg akan menemani menuju ke jalanNya....

solat sunat selepas akad...ini yg pnting drpd buat adat2 yg tidak sepatutnya dibuat...

sesi sarung cincin...Alhamdulillah selesai akhirnya...=)

kami bersatu dalam merai hari indah ini...terima kasih semua...

kebahagiaanmu kebahagiaan kami semua...^^

Peace No War!!!

tidak perlu berkata apa2..hehehehe

Alhamdulillah majlis ini berakhir dengan jayanya...terima kasih Ya Allah kerana memberkati dan merahmati majlis ini..semoga pasangan mempelai ini bahagia dunia akhirat...sentiasa bersabar dalam menempuh cabaran sebagai suami isteri...semoga cepat2 menimang cahaya mata yg comel...semoga diberi kekuatan dalam membina keluarga bahagia yg diberkati dan dirahmati Allah...amin Ya Rabb...^^

Selamat Datang Ramadhan.....



Bismillahirrahmanirrahim....^^ syukur Alhamdulillah dengan berkat izinNya chinta, keluarga dan sahabat2 dapt bersua juga dengan bulan Ramadhan pd tahun ini...semoga dengan tibanya bulan ini kita semua dapat meningkatkan ibadat kita kepada Allah s.w.t dan istiqah dalam menuju kejalanNya....amin ya Rabb

Wednesday, 19 June 2013

::Berjimba-jimba di Genting

Bismillahirrahmanirrahim....
Asslmualaikum...Syukur Alhamdulillah dengan izinNya chinta masih lagi bernafas dibumi ciptaanNya...^^ erm, lme rasenya chinta x 'kemaskini' blog chinta ni kn...arini chinta nk meneruskan part mengarut yg masih tertangguh...kali ni di destinasi yg dipilih ialah Genting Highland...Alhamdulillah akhirnya kami berempat berjaya menapak ke Genting dengan 'kerjasama' seorang sahabat yg sempoi...tq sahabat...semoga Allah merahmati kamu...aminnn erm, percutian kami kali ini adalah pakej untuk menenangkan hati dan jiwa yang stress akibat melayan tesis & final projek...banyak kenangan dah kami cipta pada ari 2...mcm2 yg berlaku yg boleh menambahkan pengalaman kami...kali ni xnk cite bnyk...biar gambar yg berbicara...hehehe jom layannnnn


SAHABAT TILL JANNAH...^^ sayang kamu kerana Allah..semoga ukhwah kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t..=)

<3 <3 <3 <3....

sangat teruja...hehehehe

siti nabilla huda bt rashid...sahabat dunia akhirat...semoga kamu mengecapi kebahagiaan dunia akhirat sahabat...

tiada motif pe2....peace no war

kami sahabat selamanya....=)


we're september gurl's & december gurl's....

tiada kata seindahmu............

 adakah ni yg pertama atau adakah ini yang terakhir??? Ya Allah...serius pengalaman yg mengerikan hati dan jiwa..

Friday, 17 May 2013

::REMAJA::



remaja,
perlukah kau idam jejaka yang tampan,
perlukah kau damba gadis cantik rupawan,
perlukan al-Quran jadi panduan,
perlukah as-Sunnah jadi ikutan,
adakah mati engkau berteman ,
tepuk dada tanyalah IMAN.


Remaja
Jejaka tampan idamanmu
Gadis rupawan seindah bidadari kau dambakan
Mengapa bukan Al-Quran As-Sunnah kau gilakan
Agar kelak kau mati ianya jadi peneman…

remaja,

pernahkan kau mengambil kisah 
tentang al-Quran dan juga as-Sunnah
yang dicincang takkan punah,
yang dipijak takkan rendah,
yang ditikam takkan rebah
kerna ia utusan Allah 
yang maha pengasih lagi maha pemurah


Remaja,
Mengapa kau tidak pedulikan surat cinta utusan Allah?
Mengapa kau abaikan harta peninggalan Rasulullah?
Harta yang kekal lagi abadi
Ayat-ayat cinta dari Pemilik Cinta Hakiki…

remaja,
hidupmu kini perlu berdikari
yakni berdiri di kaki sendiri
janganlah diikuti kehendak hati
kelak hidupmu tidak bertali
peliharalah iman dan juga hati
seperti dituntut imam syafie


 Remaja,
Kau perlu berdikari
Bangun jatuh hidupmu hanya sendiri
Sendiri menjaga iman dan hati
Kata-kata hasutan nafsu kau jauhi
Kelak hidupmu indah disana nanti..

remaja,
zamanmu  sarat dengan pelbagai pancaroba
darah muda menggelegak meronta
meronta mencari keseronokan dunia
sekadar indah di mata
bak indah suara dari bahasa
agar engkau sentiasa leka
dengan segala hasutan dunia


Remaja,
Zamanmu zaman cabaran hasutan
Sarat dengan liku-liku kehidupan
Kehidupan yang bakal menentukan masa depanmu
Masa depan yang abadimu nun jauh disana…

Remaja,
Kau lalai dibuai keseronokan dunia
Kau lupa akan janji-janjiNya
Mahukah kau hanyut dibawa arus dunia
Hingga kau tergelincir dalam jurang nafsu mudamu?
Tebuk dada Tanya IMANmu..

*Zarith Mohamed
*Nur Atiekah Muhamad Azmi




Tuesday, 14 May 2013

Number One


Letaklah Allah Nombor 1 Dihati Kita..

Bismillahirrahmairrahim..
Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaanNya..

Jika saat ini ditanya apa yang hati ini berbicara ingin chinta sampaikan bahawa chinta merasai ssuatu perasaan yang sangat bersalah terhadapNya..terasa semakin hari semakin chinta lalai dalam mengingatiNya..Allahuakbar, sungguh chinta sangat kecewa..chinta terlalu melayani perasaan yang satu ni sehingga chinta melampaui satu batas yang dianggap kurg manis jika seorang muslimah melakukannya..Allah, maafkan kekhilafan chinta..sepatutnya chinta tidak meletakkan 'dia' lebih penting selain dari Mu Ya Rabbi..sampai satu tahap chinta mengalami kegelisahan yang sangat teruk disebabkan terlalu memikirkan 'dia' yang belum tentu menjadi milik chinta jika dibandingkan dengan Mu Ya Allah yang sememangnya jiwa dan raga chinta milikMu..meletakkan 'dia' nombor satu di dalam hati ini sukar untuk chinta mentafsirkannya..kehidupan chinta menjadi tidak tentu arah, tidak keruan, huru hara, gelisah dan sebagainya..bukan disebabkan 'kekaguman' chinta kepadanya tinggi tapi sebabnya kesalahan cinta meletakkan 'dia' nombor satu dalam hati ni membuatkan chinta terasa bodoh dengan pemainan dunia..tewas dengan permainan syaitan yg keji..Ya Allah, akan chinta sedaya upaya menguatkan iman ini supaya tiada sesiapa yang boleh menggantikanMu dihati ini..hanya namaMu Ya Allah tersemat didalam lubuk hati ini..hanyaMu Ya Allah....



14 May 2013
Perpustakaan Tunku Bainun UPSI 

Sunday, 12 May 2013

Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi (Hatimu Milik Siapa??)

Asslmualaikum...=)

Bismillahirrahmanirrahim...syukur Alhamdulillah kpdNya...^^

erm, ada apa pada tarikh 20 Mac 2013 (rabu)?? sbnrnye ari 2 Ustazah Fatimah Syarha & suaminya Dr. Farhan Hadi dtg ke tmpt kami...bumi Murabbi kmi...bumi Tg Malim...kali ni merupakan kali ke2 chinta dgr & lihat sndri Ustazah Fatimah Syarha & pertama kali Ustazah dtg ke sini suami dia...Alhamdulillah mlm 2 urusan kami semua dipermudahkan...=) tajuk yg dikupas oleh pasangan sweet ni adalah "Hatimu Milik Siapa??" Subhanallah kupasan yg sangat ringan, mudah, & sempoi dr mereka...penyampaian mereka sangat sesuai dgn situasi kami sebagai seorang pelajar, anak, & HambaNya...








*Semoga dapat kami bersua muka bersama lagi...insyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kami...Amiinnn ^^

Saturday, 11 May 2013

Sharifah Khasif

Asslmualaikum & Salam Perpaduan semua...Alhamdulillah syukur kpdNya dengan izinNya dapat chinta bernafas lg didunia pinjamanNya ini...^^ syukran Ya Allah...

Sharifah Khasif?? siapa yg x kenal beliau maknanya x cinta la kn..hehehe Sharifah Khasif merupakan bekas juara Qari'ah Tilawah Al-Quran bg kategori muslimat...beliau di kira salah seorang yg chinta kagumi..Alhamdulillah dgn izin Allah, dapt juga chinta bersua muka dan sempat bersalaman bersama beliau..Alhamdulillah Ya Rabbi...=) alunan ayat2cinta Allah amat merdu sekali...Allah, membuatkan airmata ini bergenang sekejap mendgr dan melihat kelebihan yg Allah pinjamkan kepada beliau....(iri hati pn de jgak tp iri hati yg positif tau..hehehe) insyaAllah jika chinta x smpat utk belajar cara mengalunkan ayat2 cinta seperti beliau, chinta akan menghantar bakal anak2 chinta belajar seperti beliau dan blh mengamal ayat2 cintaNya utk panduan hidup supaya apabila chinta kembali ke alam kekal chinta sudah meninggalkan bekalan yg baik utk chinta bawa ke alam sana nnt..insyaAllah ^^