Saturday, 3 March 2012

Alhamdulillah Sudah Terjawab...


Syukur alhamdulillah....kalimah itu seharusnya terpancul dr mulut ini tika hati mengetahui kebenarannya & kesahihannya...terima kasih Ya Allah kerana Kau telah membetulkan hati dr dikuasai perasaan syak wasangka yg keterlaluan....alhamdulillah kini hati ini sudah kembali normal seperti sedia kala...chinta juga nk memohon maaf kepada dia yg terlibat...bkn hati ini ingin berperasaan cm 2 tp d sbbkan kejahilan diri ini menyebabkan minda ini dikuasai sepenuhnya oleh perasaan itu...biasalah manusia kn terutama wanita sememangnya akan merasai perasaan seperti itu...InsyaALLAH selepas dr ini chinta akan sedaya upaya menahan perasaan itu dr mengusai diri ini....amiiinnnnn =)

Wednesday, 29 February 2012

~~Penat

Ya Allah,
sungguh aku dah penat
penat dengan semuanya...

Ya Rabbi,
badan ni terasa tidak tertangguh lagi
lemah dan tidak bermaya
kala diri ini diduga...

Jasad aku bagai patung
yang hanya mengiya & menidakkan
yang hanya berpura-pura
bagi mencapai kepuasan duniawi....

Ya Allah,
kuatkanlah hati ini tika didugaMu
kukuhkan jiwa ini hanya untukMu
hanya untukMu Ya Allah........

Friday, 24 February 2012

~~Percintaan Ini


erm, lagu ni??hehehe xde pe2 maksud pn...juz chinta suke dgr & liriknya pn blh la thn gak...hehehe ok la...slmt mendgr ye...=)

tANYA sAMA hATI....

Jiwaku tertanya-tanya pada hati
apa kehendakmu tika ini??
saat kau diselubungi duka
membisu tanpa kata...

Kata hati pada jiwa
"aku inginkan ketenangan"
ketenangan yang hakiki 
tanpa ada rasa resah dikalbu...

Hati...
kau hanya perlu semaikan kasih sayang & cinta
kepada Dia yang satu
pada dia Sang Pencinta...

Ketenangan akan kau kecapi
tika Dia membalas cintamu
perasaan resah & gelisah tidak lagi 
kau rasainya......

~~AT 23


Asslmualaikum.....syukur kepada Allah s.w.t kerana masih membenarkan kita bernafas dibumi pinjaman Dia ni...alhamdulillah...=) ptg ni chinta nk share2 ckit berkenaan dgn my cousemate AT23...pejam celik pejam celik dh masok 3 thun dh usia persahabatan kami...kejap je kan...erm, mknenye tggal setahun je lg utk kita smue berkenal2 dgn lebih rapat lg kn...mudah2an ukhuwah yg terjalin antara kita ini mampu mncapai kemanisan redhaNya...insyaAllah amiinnnn.....bnyak pengalaman yg kita sama2 dpt kn dlm 3 thn ni...cm2 kerenah pensyarah yg kita dpt & cm 2 gak dgn pensyarah2 yg terpaksa melayan kerenah2 kita yg nakal2 smuenya...=) erm, ske kwn dgn korg smuenya sbb korg smuenya sempoi2 & gila2...kadang2 2 blh tersenyum org2 bila teringat kn korg smue...pe2 pn semoga berjaya utk korg smue, semoga bahagia selalu, semoga mencapai keberkatan drpdNya & akhir sekali sayang korg smue....muuuuaaahhhhh

ni pic sem 5...suci bersih smuenya kn...=)


ni plak pic sem 6...mse perjumpaan dgn KJ DR HALIM....


Thursday, 23 February 2012

Harga Sekuntum Cinta

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA


~~Far-East.......

Wednesday, 22 February 2012

Percintaan Ini

Kala malam memperkenalkan dirinya kepada siang
Bulan mula cemburu hingga menerbitkan pancarannya
tapi engkau?? apa yang cuba tonjolkan??
cinta? sayang? rindu?....
itu semua hanya angan-angan kosong kau untuk mengaburi mata ku....

bulan, bintang, siang & malam masih setia dengan kasihnya
kasih yang agung membawa seribu makna dalam kehidupan semua makhluk
mengorbit angkasa tanpa kenal erti jemu & lelah
terus berbakti kepada cinta hatinya...

sia-sia saja engkau mengabdikan diri hanya untuk mereka
mereka yang hanya kenal erti kepalsuan dunia
mengertilah akan kepalsuan itu kelak kau akan bahagia
kebahagian yang kau cipta untuk dirimu...

fahamilah wahai cinta hati percintaan dunia tidak perlu dibanggakan
hanya cinta yang agung cinta untuk Yang Maha Esa
cinta pada yang satu yang kekal hingga akhirnya
membawa sejuta keindahan dalam mencapai kemanisan redhaNya Yang Maha Esa...

Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim....
sayang & kasihMu umpama mentari yang menyuluh kegelapan
hati yang sunyi mulai terisi dengan iramaMu yang syahdu
hingga hati & jiwa terasa bagai dibelai, dimanja.....